Saturday, January 30, 2010

CARA KHUSYUK SOLAT

Posted by fiera at 3:17 PM 0 comments
Assalammualaikum. Alhamdulillah tepat pukul 6.30 am sy terjaga untuk solat subuh. Syukur, Allah menguatkan semangatku untuk mengerjakan tanggungjawab sebagai seorang muslim. Rasanya da berkati-kati dosa sy kumpul akibat miss solat subuh. Fuhh...sungguh dasyat godaan syaitan nih. Ya-Allah, Kau kuatkanlah hatiku ni untuk beribadat kpd Mu. Berikanlah aku taufik hidayah Mu untuk aku berubah menjadi yg lebih dan mendapat berkat Mu. Aminn..OK. Kali ini, artikel yg menjamu selera sy untuk tulis dlm blog kali ini adalah tentang panduan mengkhusyukkan solat. Perkara ini selalu jadi kt diri sy nih. Maklumlah diri ini masih naif tentang hukum hakam dalam Islam. Jadi sgt lah suka untuk share benda baik ini kepada bloggers laen. Semoga sy dapat mempraktikkan pe yg tercatit dlm artikel ini.


Panduan Mengkhusyukkan Solat
  1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa solat di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
  2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
  4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
  5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
  6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
  7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam solat termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
  9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
  10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum solat sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
  11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
  12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
  13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
  15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada solat serta melambatkan bacaan tasbi


    Petikan artikel dari : http://www.iluvislam.com

SIFAT-SIFAT WANITA AHLI SYURGA

Posted by fiera at 3:50 AM 0 comments
Assalammualaikum. Sekali lagi, sy terjumpa 1 lagi artikel yg agak menarik minat sy untuk dipamerkan di blog. Artikel kali ini menceritakan sifat-sifat kaum hawa untuk menjadi ahli syurga. Alangkah untungnyer, jika kite semua dapat peluang sedemikian.

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna
melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah,
menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.


petikan atrtikel dari http://www.iluvislam.com

Hrrmmm... Ya-Allah, Ya tuhanku, Kau bukakanlah pintu hatiku ini untuk berubah menjadi yg lebih baik.Sesungguhnya aku memohon petunjuk dari-Mu. Aminn...


Friday, January 29, 2010

AKIBAT MAKSIAT

Posted by fiera at 11:09 PM 0 comments
Assalammualaikum :) Dah lama tak menulis kat blog. Kalo bukak pun, bace-bace blog orang. Tibe-tibe semalam dapat link yang sgt best untuk dikongsikan, di mana link ini berkaitan dengan Islam. Banyak artikel yang boleh dijadikan pengajaran lantas menyedarkan kita sedikit demi sedikit. Al-maklum lah da lama hati ini tak diisi dengan ilmu-ilmu islam. Asik-asik disumbat dengan ilmu duniawi, ilmu accounting, ilmu financing, ilmu auditng dsb. Rasanya teringin nak share pe yang sy dpt dari link ini. Sila lah baca dengan penuh penghayatan.
Semoga kita semua mendapat keberkatan. Artikel pertama yg sy teruja nak share adalah berkaitan dengan maksiat. Sy bukan lah org yg pakar dalam membahaskan topik ini, cuma sy agak tersentuh dgn artikel di bawah ini..


Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan


Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat mengahalangi Rezeki


Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah


Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain


Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

Maksiat Menyulitkan Urusan

Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

Maksiat menggelapkan hati

Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata,"Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

Maksiat Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

Maksiat Mnghalangi Ketaatan

Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan


Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain


Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani


Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.

petikan artikel di http://www.iluvislam.com

Wednesday, September 30, 2009

hari-hari indah ku

Posted by fiera at 4:27 AM 0 comments
salam sume..da lame aku x tulis blog..bkn ape.. ada sedikit kemalasan+ ketiadaan idea untuk menulis.. haa...sempena cuti raya aku selama 12 hari ni..aku nak berkongsi sedikit suka duka aku ketika menyambut raya + menghabiskan sisa-sisa cuti..


16hb sept..

tarikh yang ku tunggu2 sgt..wee..akhernya setelah berminggu-minggu menghadapi hari yang sangat mencabarkan minda+emosi. Akhirnya aku balik juga..weee..cam biasa aizat la driver utk drive aku ke airport Kuching. Then, aku, aizat, tika,wan buke puasa same-same. Excited sgt nak blik memandangkan da 3 bln tak jumpe ibu ngan abah n dan org-org tersyg laen. Hehehe..da cek in jek, adeh flight delay. Owh bersabar..kiter punya la nak smpai cepat2..Bole lak delay an..

Tapi nasib baik delay jap jek dalam 10 minit..Dipendekkan citer almost kul 1 am smpai umah..


17sept - 26 sept

  1. time shopping kat sg wang. Tapi pic ni kat klcc yg kat aquaria tuh ..

to be continue later cuz server down...

Friday, July 17, 2009

panasnye malaysia

Posted by fiera at 7:12 AM 1 comments
whoaaaa... global warming menyerang duniaa... rakan-rakan prasan tak cuaca skg makin panas ?? ase macam nak jek anta surat cadangan kat THEP suh pasang a-cond setiap bilik kat kolej ... even malam pun , badan bepl0h-pel0h cam baru pas bersukan ... ape ntah lagi kalo siang. bole siap tadah air peluh tuh wat lap per yang ptot..( pe kah yang aku merepek??)..
yang menggembirakan sekali bile part jemur kaen .. kering nyer kaen baju cam keropok (bak kate cik raz ) ... hahaha.. panas nyer malaysia.. paling saket part nak g kelaz kul 2 ..
owhh terik nyer langit.. mencucuk kat badan... b4 g kelaz, punyela spray body mist 1 badan.. kasi wangi .. alih2 sampai kelaz da busuk blik .. menci.menci... wat membazir jek aku beli body mist VS aka Victoria Secret from ili... bukan murah ...duet pt aku rm60 terbang tuh ...
dugaan idop.. ku harus tempuhi gak .. pe lagi tym bulan puase t.. owhh mencabar nyer ...

Sunday, July 12, 2009

13 hari cuti yang sangat bermaknaaa......

Posted by fiera at 12:30 AM 1 comments
24 june - 7 july 09 .... ( version 1 )

even the holiday is too short .. but i realy enjoy it ... hehehe... mmandangkan cuti sem sy tpakse dikorban ann gare2 short course... maka cuti sem yg ada cume ade 13 hari jek ... x kesa janji ada cuti n dpt lik KL... excited glerr to meet my pingu n hangout wif besh buddies... waaaa.... gumbira nyer ati ... ngat lagi ... on 24 june at 2.15pm my exam paper far 250 ... tym tuh perasaan becmpur aduk n paper yg tesgt laa tuff+ kegirangan melanda diri ntuk pulg ke tanah air ... hehehe....


25 june...


bertemu si pingu tersayang ... sekian 3 bulan x berdating

wee... pagi2 kul 8.30 am dye da culik sy di kediaman en abd jalil .. lokasi pertama di tuju adalah Ali B... sekadar melepaskan lpr di pagi ari ... kami berdua mengorder roty telur+ ksong n aer
fav ku melo aes + aer limau aes.. mkn nyer mkn ... bercerita sakan ..

then loksi kedua menuju ker JJ AU2.. mmdgkan xde per nk dibuat ..



lokasi ke3 idea tercetus ntuk melawat KLCC.. segera kereta di parking kan kt jelatek spt biase .. ( demi menjimat kos2 tertentu) .. heheeh.. smpi2 jerk klcc, mr pingu sy mengajak menonton TRANSFORMER ... waaa... excited glerr .. beratur nyer beratur dgn kepanjangan nyer , akhernye dpt gak beli tiket .. syok gler cter tuh .. bumblebee kamo sguh chomel .. hehehe..
prot mule berbunyi menandakan telah masuk waktu makan .. kami segera ke cold storage dgn membeli roty yg sdap + dorayaki flava choc .. waaa cdapp .. then , mr pingu membeli se slice
cheese cake .. heheh... owhh lala .... impian tercapai untuk ber picnic di klcc ... hhaahaha .... moment yg x dpt dilupakan ..





kenyangan lepas da mkn roty + cheeese cake ... heehehe...actually cake ni kire cake anniversary ktorg yg setaun .. hehehe.. 16 may 08 - 09 ... even celeb lambt pun ktorg still dpt celeb gak ...

















wif mr pingu ..hehehe... tgk tuh prot dye















after da tgk muvie x to nk g mane ... then , kaki melangkah ker bb .. hehehhe.. cuci mate dgn melihat dress yg chomel2 .. mlg nyer x smpt nk snap pic bju yg kawaii2 ..















ni tym kt klcc convention centre .. on the way tuh bb


Saturday, July 11, 2009

i dun want to change my class group

Posted by fiera at 8:39 AM 0 comments
someone plzzz..plzzz help me...!!! adoh.. trouble gileerr clash jaduaal lak ..

sengall ayam btoii r..

elok2 jek jadual b4 nih .. x pasal kene tukarr... wehh2...x relaa nk tukar

group 1 ... tamo2 chnge kelass law... god plzz help me solve diz problem .... on friday i met my KP aka ketua program ..

story our probs... "mdm... kelaz bel mekorg clash kul 2-4 dgn mkt" ....

adehh...skali dye blas pedas jerr .." kenak ktkorg suka cmpur aduk group? " ...

mmg laa slh kami sekelas yerr utk perhatian rerakan.. tp as a smart student,

we have rite to choose the best lecture we want rite ..?? xda slh di

sisi undang2 pun ... kalo adeh meh tnjuk dlm akta per seksyen brape ??

hrrrmmm...lagi pun b4 ni da atur jadual x de mslh pun.. nk nanges jek ase kalo x da

option laen kene tukar ma law nyer grup ... mak x rela.. lec skg da besh gler... rugi

nyer nk melepaskan dye ... doa byk2 mtk dpt chnge group bel to group 2... ya-Allah

ya tuhanku tlg hamba mu ini menghadapi dugaan belajar ..aminn...!!

 

behind the story of pingu Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal